Saturday, October 19, 2013

Kembara JWJ - Jejak Warisan Riau Lingga

Raiu Lingga merupakan sebuah kerajaan Melayu yang pernah memerintah tanah rumpun Melayu yang agak luas pada satu masa dahulu. Sehingga pada hari ini kesan peninggalan pemerintahan itu masih terdapat dalam budaya dan istiadat Melayu termasuklah bahasa percakapan kita pada hari ini.

Pantun Melayu yang dahulunya merupakan bahasa sulaman dalam perbualan orang Melayu masih lagi kekal dalam budaya orang-orang Melayu di Riau Lingga dan Gunung Daik yang dikenali oleh kita melalui pantun Melayu 'Gunung Daik Bercabang Tiga' masih lagi berdiri teguh di sana.













KEMBARA JWJ kali ini mengajak pula ke wilayah Riau Lingga untuk menyaksikan sendiri amalan Bahasa dan Budaya orang Melayu di sana sekali gus menghayati keindahan suasana yang masih belum tercemar dek asakkan kemodenan.

Terdapat 2 program yang boleh disertai ke Riau Lingga ini :

1. Program 'Menghayati Riau Lingga' dari sudut Bahasa dan Budaya - [klik]

2. Program 'Menawan Gunung Daik' cabaran mendaki gunung - [klik]

Kedua program ini hanya 6 Hari 5 Malam
bermula dari RM988 sahaja. 

Untuk keterangan lanjut sila hubungi : 
sdr Sofi 013-3408002 atau sdr Tg Azmi 012-2696219 
atau email : majmakbudayadanwarisanjawi@gmail.com