Saturday, October 19, 2013

1. Menghayati Riau Lingga

Sungguh indah BAHASA dan BUDAYA Melayu dan seharusnya ia kekal sehingga ke akhir zaman. Inilah usaha kita bersama dalam menjaga kesempurnaan perabadan Melayu. Namun hari ini keadaan semakin berubah sedikit demi sedikit sehingga akan terhapuslah semua keindahan yang terdapat dalam peradaban bangsa kita.












KEMBARA JWJ ke Riau Lingga memberi peluang kepada kita saksikan semula apa yang ada dalam Budaya dan Bahasa kita. Di sana masyarakat Melayu masih kuat mengaitkan pantun dan bidalan dalam perbualan harian dan Seni Budaya masih terus diperkembangkan. Lingga merupa tanah Ibunda Melayu seharusnya dilawati oleh kita untuk mengibaskan kembali keagungan peradaban Melayu yang lahir di tanah Melayu semenjak zaman berzaman dahulunya.

Kita akan pantas teringat akan pantun Melayu 'Gunung Daik Bercadang Tiga'. Di Daik Lingga akan pasti akan terlihat gunung ini apabila menghampiri pulau Lingga. Marilah kita menyulam kembali Budaya dan Bahasa Melayu yang tersangat indah ini...

Hanya bermula dari RM988 untuk 6 Hari 5 Malam
Program terdekat ialah pada 15hb - 20hb November 2013
[minimum penyertaan ialah 5 orang]

IKUTILAH PROGRAM KAMI YANG TERDEKAT 
atau hubungi kami untuk pakej rombongan khusus pihak anda

Untuk keterangan lanjut sila hubungi : 
sdr Tg Azmi 012-2696219 
atau email : majmakbudayadanwarisanjawi@gmail.com

..................

TENTETIF PROGRAM KEMBARA : 15hb - 20hb November 2013

Hari 1 : STULANG LAUT - TANJUNGPINANG
Perjalanan menaiki feri dari Stulang Laut, Johor ke Pulau Bintan, Riau selama 3 jam. Bersiar di kota Tanjung Pinang di waktu petand dan Malam bersiar di 'Benteng' untuk menikmatan siput 'gong-gong'.

Hari 2 : PULAU PENYENGAT
Menaiki bot ke Pulau Penyengat untuk mengimbas kembali sejarah Kerajaan Riau Lingga. Di pulau ini banyak menyimpan sejarah dan warisan lama serta terdapat beberapa makam bersejarah kesultanan dan ulama terbilang seperti Raja Haji dan Raja Ali Haji yang terkenal dengan 'gurindam 12'.
Petang melawat pusat Kebudayaan dan Muzium di Tanjung Pinang.

Hari 3 : TANJUNGPINANG - LINGGA
Menaiki feri selama 4 jam ke Pulau Lingga sambil menikmati keindahan pulau-pulau di sepanjang perjalanan. Kita juga dapat menyaksikan Gunung Daik yang bercabang tiga apabila menghampiri Pulau Lingga. Bersiar di pekan Daik yang teramat kecil di sebelah petang dan menyaksikan sungai di tengah pekan ini yang menjadi laluan kapal-kapal barang dari Jambi. 

Di sebelah malam kita akan menyaksikan keramaian kebudayaan di pekan Daik Lingga. 

Hari 4 : LINGGA
Bersiar di Pulau Lingga untuk menyaksikan peninggalan sejarah dan kesan kerajaan Riau Lingga. Menikmati makanan tradisi di sini sambil turut menyaksikan kehidupan masyarakat di tepi pantai.

Di sebelah malam kita akan menyaksikan keramaian kebudayaan di pekan Daik Lingga. 

Hari 5 : LINGGA
Memenuhi di sebelah pagi dan tengahari dengan aktiviti lawatan dan melihatkan kesenian batik hasil dari penduduk tempatan di sini.

Di sebelah malam kita akan menyaksikan keramaian kebudayaan di pekan Daik Lingga. 

Hari 6 : LINGGA - TG PINANG - STULANG LAUT
Bergerak pulang ke Malaysia.