Saturday, October 19, 2013

Kembara JWJ - Jejak Warisan Riau Lingga

Raiu Lingga merupakan sebuah kerajaan Melayu yang pernah memerintah tanah rumpun Melayu yang agak luas pada satu masa dahulu. Sehingga pada hari ini kesan peninggalan pemerintahan itu masih terdapat dalam budaya dan istiadat Melayu termasuklah bahasa percakapan kita pada hari ini.

Pantun Melayu yang dahulunya merupakan bahasa sulaman dalam perbualan orang Melayu masih lagi kekal dalam budaya orang-orang Melayu di Riau Lingga dan Gunung Daik yang dikenali oleh kita melalui pantun Melayu 'Gunung Daik Bercabang Tiga' masih lagi berdiri teguh di sana.













KEMBARA JWJ kali ini mengajak pula ke wilayah Riau Lingga untuk menyaksikan sendiri amalan Bahasa dan Budaya orang Melayu di sana sekali gus menghayati keindahan suasana yang masih belum tercemar dek asakkan kemodenan.

Terdapat 2 program yang boleh disertai ke Riau Lingga ini :

1. Program 'Menghayati Riau Lingga' dari sudut Bahasa dan Budaya - [klik]

2. Program 'Menawan Gunung Daik' cabaran mendaki gunung - [klik]

Kedua program ini hanya 6 Hari 5 Malam
bermula dari RM988 sahaja. 

Untuk keterangan lanjut sila hubungi : 
sdr Sofi 013-3408002 atau sdr Tg Azmi 012-2696219 
atau email : majmakbudayadanwarisanjawi@gmail.com



1. Menghayati Riau Lingga

Sungguh indah BAHASA dan BUDAYA Melayu dan seharusnya ia kekal sehingga ke akhir zaman. Inilah usaha kita bersama dalam menjaga kesempurnaan perabadan Melayu. Namun hari ini keadaan semakin berubah sedikit demi sedikit sehingga akan terhapuslah semua keindahan yang terdapat dalam peradaban bangsa kita.












KEMBARA JWJ ke Riau Lingga memberi peluang kepada kita saksikan semula apa yang ada dalam Budaya dan Bahasa kita. Di sana masyarakat Melayu masih kuat mengaitkan pantun dan bidalan dalam perbualan harian dan Seni Budaya masih terus diperkembangkan. Lingga merupa tanah Ibunda Melayu seharusnya dilawati oleh kita untuk mengibaskan kembali keagungan peradaban Melayu yang lahir di tanah Melayu semenjak zaman berzaman dahulunya.

Kita akan pantas teringat akan pantun Melayu 'Gunung Daik Bercadang Tiga'. Di Daik Lingga akan pasti akan terlihat gunung ini apabila menghampiri pulau Lingga. Marilah kita menyulam kembali Budaya dan Bahasa Melayu yang tersangat indah ini...

Hanya bermula dari RM988 untuk 6 Hari 5 Malam
Program terdekat ialah pada 15hb - 20hb November 2013
[minimum penyertaan ialah 5 orang]

IKUTILAH PROGRAM KAMI YANG TERDEKAT 
atau hubungi kami untuk pakej rombongan khusus pihak anda

Untuk keterangan lanjut sila hubungi : 
sdr Tg Azmi 012-2696219 
atau email : majmakbudayadanwarisanjawi@gmail.com

..................

TENTETIF PROGRAM KEMBARA : 15hb - 20hb November 2013

Hari 1 : STULANG LAUT - TANJUNGPINANG
Perjalanan menaiki feri dari Stulang Laut, Johor ke Pulau Bintan, Riau selama 3 jam. Bersiar di kota Tanjung Pinang di waktu petand dan Malam bersiar di 'Benteng' untuk menikmatan siput 'gong-gong'.

Hari 2 : PULAU PENYENGAT
Menaiki bot ke Pulau Penyengat untuk mengimbas kembali sejarah Kerajaan Riau Lingga. Di pulau ini banyak menyimpan sejarah dan warisan lama serta terdapat beberapa makam bersejarah kesultanan dan ulama terbilang seperti Raja Haji dan Raja Ali Haji yang terkenal dengan 'gurindam 12'.
Petang melawat pusat Kebudayaan dan Muzium di Tanjung Pinang.

Hari 3 : TANJUNGPINANG - LINGGA
Menaiki feri selama 4 jam ke Pulau Lingga sambil menikmati keindahan pulau-pulau di sepanjang perjalanan. Kita juga dapat menyaksikan Gunung Daik yang bercabang tiga apabila menghampiri Pulau Lingga. Bersiar di pekan Daik yang teramat kecil di sebelah petang dan menyaksikan sungai di tengah pekan ini yang menjadi laluan kapal-kapal barang dari Jambi. 

Di sebelah malam kita akan menyaksikan keramaian kebudayaan di pekan Daik Lingga. 

Hari 4 : LINGGA
Bersiar di Pulau Lingga untuk menyaksikan peninggalan sejarah dan kesan kerajaan Riau Lingga. Menikmati makanan tradisi di sini sambil turut menyaksikan kehidupan masyarakat di tepi pantai.

Di sebelah malam kita akan menyaksikan keramaian kebudayaan di pekan Daik Lingga. 

Hari 5 : LINGGA
Memenuhi di sebelah pagi dan tengahari dengan aktiviti lawatan dan melihatkan kesenian batik hasil dari penduduk tempatan di sini.

Di sebelah malam kita akan menyaksikan keramaian kebudayaan di pekan Daik Lingga. 

Hari 6 : LINGGA - TG PINANG - STULANG LAUT
Bergerak pulang ke Malaysia.

2. Menawan Gunung Daik

Satu lagi cabaran yang harus dicuba oleh pendaki-pendaki gunung!!! Iaitu cuba menawan Gunung Daik (1165 meter sahaja) yang terdapat di Riau Lingga. Gunung ini telah berdiri teguh sejak berzaman, asalnya bercabang tiga telah patah satu, jatuh ke laut menjadi Pulau Pandan. Kini Gunung Daik kekal dua cabang sahaja di puncaknya sehinggalah ke hari ini. Kita hanya dapat melihat cabang dua ini dari bawah sahaja dan sehingga kini masih belum terdapat mana-mana pihak secara kiumpulan atau individu mendaki sehingga ke Gunung Daik. Telah ramai yang mencubanya, dari penduduk tempatan atau pun usaha dari para pendaki bertaraf profesional antarabangsa.. masih tiada siapa pun dapat betul-betul sampai ke puncak Gunung Daik ini.





KEMBARA JWJ mengajak semua para pendaki gunung untuk cabaran Menawan Gunung Daik. Para pendaki yang pertama dapat sampai ke puncak merupakan pemecah rekod yang bakal mencatat nama dalam sejarah. Berjaya menawan puncak Gunung Daik yang berhubung rapat dengan cerita rakyat mengenai Hang Tuah yang pernah menawan gunung ini.

Jom para pendaki kita tawan puncak Gunung Daik yang asalnya bercabang tiga. Sambil-sambil kita menghayati keindahan tempat, Bahasa dan Budaya Melayu di Riau Lingga ini.


Hanya bermula dari RM988 untuk 7 Hari 6 Malam
Program terdekat ialah pada 12hb - 18hb November 2013
[minimum penyertaan ialah 5 orang]

IKUTILAH PROGRAM KAMI YANG TERDEKAT 
atau hubungi kami untuk pakej rombongan khusus pihak anda


Untuk keterangan lanjut sila hubungi : 
sdr Sofi 013-3408002  
atau email : majmakbudayadanwarisanjawi@gmail.com

..................

TENTETIF PROGRAM KEMBARA : 13hb - 18hb November 2013

Hari 1 : STULANG LAUT - TANJUNGPINANG
Perjalanan menaiki feri dari Stulang Laut, Johor ke Pulau Bintan, Riau selama 3 jam. Pada waktu petang ke Pulau Penyengat untuk mengimbas kembali sejarah Kerajaan Riau Lingga. Di pulau ini banyak menyimpan sejarah lama kerajaan Riau Lingga. Pada malam bersiar di 'benteng' untuk menikmatan siput 'gong-gong'.

Hari 2 : TANJUNGPINANG - LINGGA
Menaiki feri selama 4 jam ke Lingga sambil menikmati keindahan pulau-pulau di sepanjang perjalanan. Kita juga dapat menyaksikan Gunung Daik yang bercabang tiga apabila menghampiri pulau Lingga. Petang Bersiar di pulau Lingga.

Hari 3 : GUNUNG DAIK
Pagi setelah sarapan program pendakian Gunung Daik bermula.

Hari 4 : GUNUNG DAIK
Bermalam di puncak Gunung Daik sekiranya berjaya menawan puncak gunung ini.

Hari 5 : GUNUNG DAIK
Pagi setelah sarapan para pendaki mula menuruni gunung pulang ke bandar Daik.

Di sebelah malam kita akan menyaksikan keramaian kebudayaan di pekan Daik Lingga. 

Hari 6 : LINGGA - TG PINANG - STULANG LAUT
Bergerak pulang ke Malaysia.

Riau Lingga Sepintas Lalu

Kesultanan Lingga-Riau ialah sebuah kerajaan Islam di Kepulauan Lingga, Riau, Indonesia yang merupakan pecahan daripada Kesultanan Johor. Kesultanan ini dibentuk berdasarkan perjanjian antara United Kingdom dan Belanda pada tahun 1824, dengan Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah sebagai sultan pertamanya. Kesultanan ini dihapuskan oleh pemerintah kolonial Belanda pada 3 Februari 1911.
Kesultanan Lingga-Riau memainkan peranan yang penting dalam perkembangan bahasa Melayu sehingga menjadi bentuk bahasa Melayu kini. Pada masa kesultanan ini, bahasa Melayu menjadi sebuah bahasa baku yang kaya dengan kesusasteraan serta memiliki kamus ekabahasa sendiri dan sejajar dengan bahasa-bahasa lain yang besar di dunia. Tokoh besar di belakang perkembangan pesat bahasa Melayu ini adalah Raja Ali Haji, seorang pujangga dan ahli sejarah yang berketurunan Melayu-Bugis.

Sejarah
Riau-Lingga pada awalnya merupakan sebahagian dari Kesultanan Melaka, dan kemudianKesultanan Johor-Riau. Pada 1812 Sultan Mahmud Shah III wafat tanpa pewaris. Dalam sengketa yang timbul Inggeris mendukung putera tertua, Tengku Hussain, sedangkan Belanda mendukung adik tirinya, Tengku Abdul Rahman. Perjanjian Inggeris-Belanda pada 1824 membahagi Kesultanan Johor-Riau menjadi dua: Johor berada di bawah pengaruh Inggeris sedangkan Riau-Lingga berada di dalam pengaruh Belanda. Tengku Abdul Rahman ditabalkan menjadi raja Riau-Lingga dengan gelar Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah.
Pada 7 Oktober 1857 pemerintah Hindia-Belanda menurunkan Sultan Mahmud IV Muzaffar Shahdari takhtanya. Pada saat itu Sultan sedang berada di Singapura. Sebagai penggantinya diangkat bapa saudaranya, yang menjadi raja dengan gelar Sultan Sulaiman II Badrul Alam Shah.
Jawatan (Yang Dipertuan Muda) yang biasanya dipegang oleh bangsawan keturunan Bugis disatukan dengan jabatan raja oleh Sultan Abdul Rahman II pada 1899. Karena tidak ingin menandatangani kontrak yang membatasi kekuasaannya Sultan Abdul Rahman II meninggalkan Pulau Penyengat dan hijrah ke Singapura. Pemerintah Hindia Belanda menurunkan Sultan Abdul Rahman II dari takhtanya in absentia 3 Februari 1911, dan resmi memerintah sehingga tahun 1913.

LINK :

Mengenal bangsa Melayu di Kepulauan Riau-Lingga






Powered byEMF Online Form